Wuuhuuu....teruja rasanya bila menjejakkan kaki kat UniKL MIAT untuk pertama kali...huhu..masuk-masuk je nampak macam-macam jenis pesawat ada kat situ..memang teruja gila-gila..
Tapi tujuan Zoro datang UniKL MIAT ni bukan nak further study kat situ tapi nak berniaga sebenarnya sempena karnival sukan kat UniKL MIAT ni..hehe..
Zoro, Ain dgn Puan Zalina je yang jaga gerai kami ni..ajak member lain dorang kata busy ada hal..so kami 3 je la..kami decide nak jual ice blended dengan waffle je..tapi bila tengok sambutan yang memuaskan (chewah!) dari budak2 UniKL ni (fyi, boys UniKL ni sangat2 la cute..! Rambang mate woo..hahahah). Mula-mula jual tu memang kelam kabut gila sebab tak terlayan orang yang datang membeli tu..tapi lama-lama dah biasa, dah pro memang best layan customer (yang cute-cute XD). Heheheh..... Hari kedua tu lecturer kami mula la rancang nak niaga tu, niaga ni..hahaha..last-last kami decide nak tambah nasi lemak, mihun dengan soto..
Perrrggh...pagi-pagi bukak je gerai terus orang datang mintak nasi lemak..bukan sorang dua je tapi ramai kot! hahaha..waffle kami pun tak kurang hebatnya..macam berlumba pulak dengan nasi lemak tu. Hahahaha..cuma mihun je kureng dapat sambutan sikit..last-last kami yang bedal..ngeh3..
Oh ye lupa pulak..kami kongsi gerai ni dengan sorang lagi member kami, Jimmy (Ahmad Najmi = president PSN kolej kami ^^). Dia niaga char kuey tiow..tengok dia punya performance (wah!) masa karnival agro kat kolej dulu perghh..memang pro la masak char kuey tiow tu..huhu..ade lagi 2 orang yang tolong Jimmy, kembar dia, Aid (Ahmad Nujaid) dengan Comod (Faiz Mahmod) *Rindu korang la!~
First day niaga je kami dah macam member rapat dah..haha..suke tengok Comod tu..comel sangat.hehehe. Anyhow, masuk je hari ketiga niaga, customer dah makin kurang sebab peserta-peserta yang kalah tu habis balik dah...hari keempat UniKL MIAT tu dah jadi macam City of the Dead dek kerana orang semua dah habis balik..kami yang dok jaga gerai ni terkontang-kanting la melayan perasaan masing-masing..huhuh. Last-last hari ni (Ahad) langsung tak niaga sebab orang tak de langsung..hahaha..sedeyhnyeeeee~
Apa-apa pun..Zoro anggap ni semua dugaan la..biasa la orang niaga tak kan nak untung sokmo kan.hehe..Tak pe-tak pe..tunggu la nanti Zoro and the geng bukak gerai masa pendaftaran budak-budak freshie nanti..hehehe..x sabar rasanya...
Ni Zoro dengan Ain.hehehe...
Dari kiri : Jimmy, Comod dan Aid
Ni gerai jiran belah kiri kami...
Jimmy layan facebook..ni la kejenye bila tak de customer..Wifi free lagi ^^
Aid tunggu customer datang...
Aid curi tulang..hmmmm
Ni jiran belah kanan..jual ice blended..abang-abang ni best sebab sporting giler..ehehe..rindu pulak kat korang...