Assalam....bertemu lagi~
Seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan ni adalah bulan untuk umat Islam meningkatkan lagi amal ibadah bagi mendapatkan ganjaran yang tak ternilai >>> Pahala.. Pada bulan yang mulia ni lah umat Islam berlumba-lumba untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Zoro pun tak ketinggalan.insyaAllah...
Masa solat terawih tadi, Zoro ingat lagi tazkirah yang ustaz tu sampaikan..Dia kata terdapat 3 golongan yang akan dimakbulkan doanya oleh Allah S.W.T. 3 golongan tu adalah:
1. Orang yang dianiaya
2. Musafir
3. Orang yang berpuasa
Kite selalu dengarkan orang yang dizalimi atau dianiaya doanya akan dimakbulkan. Walaupun orang yang dizalimi itu adalah orang kafir, tidak ada hijab antara mereka dengan Allah. Maksudnya, tidak kira samada orang tu Islam ataupun tidak, selagi dirinya dizalimi maka doanya akan dimakbulkan insyaAllah.
Bagi orang yang musafir juga doanya akan dimakbulkan, dengan syarat tujuan musafir itu adalah kerana Allah S.W.T. Sesiapa yang bermusafir untuk tujuan yang baik dan berlandaskan syariat, maka akan termakbullah doa-doanya insyaAllah.
Dan terakhir, orang yang berpuasa. Orang yang berpuasa juga doa mereka akan dimakbulkan Allah S.W.T. Waktu yang mujarab untuk berdoa adalah sewaktu kite berpuasa dari subuh sehinggalah terbenam matahari bilamana waktu itu kite sedang berpuasa...Kite sekarang dalam bulan puasa kan?? So apa lagi, banyak-banyakkan berdoa, moga doa kite dimakbul Allah..insyaAllah amin.....~