Wednesday, August 3, 2011

[:: Renung-renungkan jom~ ::]

Assalam....bertemu lagi~

Seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan ni adalah bulan untuk umat Islam meningkatkan lagi amal ibadah bagi mendapatkan ganjaran yang tak ternilai >>> Pahala.. Pada bulan yang mulia ni lah umat Islam berlumba-lumba untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Zoro pun tak ketinggalan.insyaAllah...

Masa solat terawih tadi, Zoro ingat lagi tazkirah yang ustaz tu sampaikan..Dia kata terdapat 3 golongan yang akan dimakbulkan doanya oleh Allah S.W.T. 3 golongan tu adalah:

1. Orang yang dianiaya
2. Musafir
3. Orang yang berpuasa

Kite selalu dengarkan orang yang dizalimi atau dianiaya doanya akan dimakbulkan. Walaupun orang yang dizalimi itu adalah orang kafir, tidak ada hijab antara mereka dengan Allah. Maksudnya, tidak kira samada orang tu Islam ataupun tidak, selagi dirinya dizalimi maka doanya akan dimakbulkan insyaAllah.

Bagi orang yang musafir juga doanya akan dimakbulkan, dengan syarat tujuan musafir itu adalah kerana Allah S.W.T. Sesiapa yang bermusafir untuk tujuan yang baik dan berlandaskan syariat, maka akan termakbullah doa-doanya insyaAllah.

Dan terakhir, orang yang berpuasa. Orang yang berpuasa juga doa mereka akan dimakbulkan Allah S.W.T. Waktu yang mujarab untuk berdoa adalah sewaktu kite berpuasa dari subuh sehinggalah terbenam matahari bilamana waktu itu kite sedang berpuasa...Kite sekarang dalam bulan puasa kan?? So apa lagi, banyak-banyakkan berdoa, moga doa kite dimakbul Allah..insyaAllah amin.....~

Saturday, July 30, 2011

[:: Ramadhan Al-Mubarak~ ::]

Assalam..

Tau kan Ramadhan bakal menjelang tiba 2 hari lagi....malam esok dah start terawih...uhh bestnyee... ^^ dalam masa sebulan ni la kita diwajibkan untuk menahan diri dari makan dan minum. Secara tak langsung dapat jugak la menahan dan melawan nafsu yang membuak-buak (confirmnye!) insyaAllah...

Moge Ramadhan kali ini dimanfaat kan dengan sebaiknye..masa ni la kite diberi peluang untuk tingkatkan amalan kite, dan bulan ni juga la pintu2 neraka ditutup serta pintu syurga akan dibuka luas bagi hamba-hambaNya. So, jangan sia-siakan peluang keemasan yang datang sebulan dalam setahun je...dan moge Ramadhan kali ni bukan Ramadhan yang terakhir buat kite semua..Amin insyaAllah... Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak bagi seluruh umat Islam di serata dunia dari Zoro...

Huhuuhu..Ramadhan ( & Hari Raya Puasa)...Welcome!! Can't wait ouh..!!

Photobucket
P/S: Sahur...



P/S: Berbuka..

Saturday, July 23, 2011

[:: The Mines Shopping Mall ::]

Assalam...yuhuu..bertemu lagi kita ^^


Nak cerita hari ni Zoro dengan member-member pegi tengok Harry Potter : The Deathly Hallows Part 2 3D. Muahahaha... 3D beb! Memang best giler sangat-sangat!!


Nak naik bot pegi The Mines tu sebab masa tu kitorang memang dah lambat giler..Rancang nak tengok tayangan pukul 2.10 yang biasa punya je mula-mula. Bising jugak la dalam bot tu Zoro dengan Atik usik-usik Pijo sebab cuak terlambat tengok starting Harry Potter. Hahahaha..bayangkan kitorang naik bot tu pun dah pukul 2.00, bila pulak nak sampaikan..hehe.


Zoro pun dah siap-siap bukak wallet keluarkan duit ingat turun terus bayar lepas tu terus lari pegi beli tiket. Wallet Zoro pegang sebab malas nak masukkan dalam poket. Tangan pun merewang sana-sini, teruja naik bot punya pasal. Sampai kat The Mines tu dah pukul 2.20. Memang dah tak sempat nak tengok tayangan 2.10 punya.. Last-last Pijo suggest tengok 3D punya pukul 3.20..sampai-sampai je terus kitorang pegi beli tiket. Masa nak beratur beli tiket tu, Zoro raba poket belakang nak keluarkan wallet. Raba punya raba, kosong! Menggelabah Zoro check semua poket seluar Zoro, tapi tak de jugak wallet! Ah sudah! Tinggal dalam bot la ni...confirm! Ah hampeh tol! Zoro tarik tangan Atik pegi balik kat tempat bot tadi.


Zoro : pakcik, ni ke bot yang baru sampai tadi?
Pakcik bot : Hah! Ade tertinggal dompet tadi kan?
Zoro : Haah (terangguk-angguk sambil sengih :D)
Pakcik bot : Tu la..lain kali nak turun bot tu check semua barang ada tertinggal tak..raba poket seluar semua tu. Raba punggung ada tak dompet. Kang tertinggal dah susah.
Zoro : Heheh..hehehe...ye pakcik. Time kasih ek. (sengih malu..terus blah)


Punya la Zoro pegang wallet tu masa dalam bot. Nak dekat sampai tu dah set dah dalam kepala ni nak simpan wallet dalam poket. Tapi apa pun tak boleh! Nampaknya penyakit pelupa Zoro ni makin teruk la...macam mana nak buat?????  T___T

Sunday, July 17, 2011

[:: Kini Bermula... ::]

Assalam..
Alhamdulillah..lepas sudah sem 6.kini masuk sem 7 pulak. Dapat keputusan yang memuaskan pada sem lepas membuatkan Zoro lebih bersemangat dan berazam sem ni akan lebih baik dari sem lepas insyaAllah...


Tak sia-sia usaha Zoro selama di sem lepas. Allah bagi Zoro kegagalan pada mulanya, namun diganti dengan kejayaan kemudiannya..Alhamdulillah..syukran Ya Allah..


Dah dekat seminggu mula kelas, baru sekarang nak post. Ahak! Tak de masa la beb....asyik ngadap game je tiap-tiap hari..sorry My Blog.. <3 muahhxx!


Smabung cerita sem baru ni, maknanya lepas ni tak boleh la nak ngadap sangat game kesayangan Zoro ni. Prototype...huk3...tak pe2, study lagi penting. Dapat result yang diidam-idamkan sem ni, Zoro janji 24 jam ngadap kamu je ok Prototype?? Ahahaha.. Giler!


Sem ni ambil subjek Web Design (ok la..sir Azrul..best jugak..comel..boleh cuci-cuci mata sikit...), Project Management ( tak tau lagi macam mana suasananya.....cuak jugak), Software Testing ( ok sangat-sangat sebab Sir Firdaus yang ajar!!! *Cuci-cuci mata..*), Java (ok jugak sebab Puan Nisa ajar...best-best! *tapi tak de la cuci mata k~ ahaha*). Tu subjek yang Zoro ambil sem ni.. Quite tough. So that's mean Zoro have, no, Zoro must give full effort to get what Zoro want for this semester.. Wahai subjek-subjek sekalian..nantikan! Muahahahahahah *gelak jahat!....

Tuesday, June 28, 2011

[:: Alhamdulillah syukur.... ::]

Alhamdulillah...Syukran Ya Allah..tak sia-sia usaha Zoro sem ni..walaupun tak mencapai target yang diharapkan tapi alhamdulillah...tak jauh dari target pun dah ok..hehehe...

Mulanya takut sangat sem ni kantoi lagi..tapi berkat usaha dan doa ibu ayah serta lecturer..alhamdulillah..Zoro COPA lagi sem ni..weeee.... Mama, Ayah, Yani dapat COPA lagi..hehehe..

Tu je yang Zoro nak kongsi..hehhee..nak share perasaan gembira Zoro dengan semua....


Photobucket

Ni result Zoro sem ni..hehehe...

Sunday, June 26, 2011

[:: UniKL MIAT ::]

Wuuhuuu....teruja rasanya bila menjejakkan kaki kat UniKL MIAT untuk pertama kali...huhu..masuk-masuk je nampak macam-macam jenis pesawat ada kat situ..memang teruja gila-gila..
Tapi tujuan Zoro datang UniKL MIAT ni bukan nak further study kat situ tapi nak berniaga sebenarnya sempena karnival sukan kat UniKL MIAT ni..hehe..

Zoro, Ain dgn Puan Zalina je yang jaga gerai kami ni..ajak member lain dorang kata busy ada hal..so kami 3 je la..kami decide nak jual ice blended dengan waffle je..tapi bila tengok sambutan yang memuaskan (chewah!) dari budak2 UniKL ni (fyi, boys UniKL ni sangat2 la cute..! Rambang mate woo..hahahah). Mula-mula jual tu memang kelam kabut gila sebab tak terlayan orang yang datang membeli tu..tapi lama-lama dah biasa, dah pro memang best layan customer (yang cute-cute XD). Heheheh..... Hari kedua tu lecturer kami mula la rancang nak niaga tu, niaga ni..hahaha..last-last kami decide nak tambah nasi lemak, mihun dengan soto..

Perrrggh...pagi-pagi bukak je gerai terus orang datang mintak nasi lemak..bukan sorang dua je tapi ramai kot! hahaha..waffle kami pun tak kurang hebatnya..macam berlumba pulak dengan nasi lemak tu. Hahahaha..cuma mihun je kureng dapat sambutan sikit..last-last kami yang bedal..ngeh3..

Oh ye lupa pulak..kami kongsi gerai ni dengan sorang lagi member kami, Jimmy (Ahmad Najmi = president PSN kolej kami ^^). Dia niaga char kuey tiow..tengok dia punya performance (wah!) masa karnival agro kat kolej dulu perghh..memang pro la masak char kuey tiow tu..huhu..ade lagi 2 orang yang tolong Jimmy, kembar dia, Aid (Ahmad Nujaid) dengan Comod (Faiz Mahmod) *Rindu korang la!~

First day niaga je kami dah macam member rapat dah..haha..suke tengok Comod tu..comel sangat.hehehe. Anyhow, masuk je hari ketiga niaga, customer dah makin kurang sebab peserta-peserta yang kalah tu habis balik dah...hari keempat UniKL MIAT tu dah jadi macam City of the Dead dek kerana orang semua dah habis balik..kami yang dok jaga gerai ni terkontang-kanting la melayan perasaan masing-masing..huhuh. Last-last hari ni (Ahad) langsung tak niaga sebab orang tak de langsung..hahaha..sedeyhnyeeeee~

Apa-apa pun..Zoro anggap ni semua dugaan la..biasa la orang niaga tak kan nak untung sokmo kan.hehe..Tak pe-tak pe..tunggu la nanti Zoro and the geng bukak gerai masa pendaftaran budak-budak freshie nanti..hehehe..x sabar rasanya...


Photobucket
Ni Zoro dengan Ain.hehehe...

Photobucket
Dari kiri : Jimmy, Comod dan Aid

Photobucket
Ni gerai jiran belah kiri kami...

Photobucket
Jimmy layan facebook..ni la kejenye bila tak de customer..Wifi free lagi ^^

Photobucket
Aid tunggu customer datang...

Photobucket
Aid curi tulang..hmmmm


Photobucket
Ni jiran belah kanan..jual ice blended..abang-abang ni best sebab sporting giler..ehehe..rindu pulak kat korang...

Saturday, June 18, 2011

Ramlee Awang Murshid (RAM)

Assalam...
entry kali ni Zoro nak cerita pasal novel-novel favorite Zoro yang dikarang oleh Ramlee Awang Murshid (RAM).

First Zoro baca novel dia 'Bagaikan Puteri', masa tu Zoro form 4..pinjam akak senior punya...at first Zoro ni bukan la jenis yang layan sangat novel-novel ni...tapi time tu memang da bosan tahap dewata, so Zoro pinjam la novel tu dari senior Zoro...cuba-cuba la baca...

Bila dah lama-lama baca tu Zoro mula tertarik dengan watak Saifudin a.k.a Laksamana Sunan yang dicipta oleh RAM..
tak tau nak cerita macam mana tapi bila baca perwatakan Saifudin tu Zoro rasa seolah-olah Saifudin tu memang hidup..hidup sepenuhnya diabdikan untuk Allah S.W.T, serta peribadinya yang diasuh menyerupai sunnah Rasulullah s.a.w..memang mata tak kan berganjak sampai novel tu habis dibaca...huhuh..begitu la penangan Laksamana Sunan..lelaki berduka dari Tanah Rencong..

Bermula dari Bagaikan Puteri, kemudian disambung oleh Cinta Sang Ratu, seterusnya Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan yang terkini, Sutera Bidadari...sangat-sangat menyentuh hati ouhh....try la baca.

By the way, bukan tu je novel-novel karya RAM, ada lagi yang lain macam Rayyan Fantasi, 9 Nyawa, Mikhail, ADAM, Ranggau, Tombiruo, Mandatori dan banyak lagi..

Tak kan menyesal la kalau beli novel-novel dia.. sekarang ni Zoro tengah tunggu kesinambungan novel Sutera Bidadari ni..nak tengok macam mana bila Saifudin jumpa balik dengan isteri dia Ratna Sang Ratu ^^ can't wait!!!!!

Ni antara koleksi novel RAM Zoro punya (err...tersesat plak komik naruto situ..huhuh) lepas ni nak tambah lagi..yohohoho..!!!~